Sultan Abdul Majid Hasan
Sultan Abdul Majid Hasan

Sultan Abdul Majid Hasan

Sultan Abdul Majid Hasan merupakan salah seorang Sultan Brunei yang memerintah dari 1402 hingga 1408. Walaupun tidak disebut langsung dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, ada dicatatkan dalam riwayat Cina bahawa pada tahun 1406, baginda menghantar utusan ke Cina. Orang Cina menyebut baginda dengan gelaran Ma-na-je-ka-na. Pada tahun 1408, baginda berangkat ke Cina dan mangkat di sana ketika berusia 28 tahun. Baginda meninggalkan seorang putera bernama Xiawang (遐旺, bererti Raja Kecil) yang berusia 4 tahun. Oleh kerana tidak tersenarai di dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, maka Sultan Brunei ke-2 yang di dalam catatan sejarah Kerajaan Brunei pada masa itu ialah Sultan Ahmad, adinda Sultan Muhammad Shah.